Wednesday, 11 April 2012

INDAHNYA CIPTAAN ALLAH S.W.T

Indahnya suria di pagi ceria ...
Beburung berkicau menyanyi lagu indah ...
Pepohon nan segar disirami embun pagi ...
Indahnya ciptaan Ilahi ...
Bersyukurlah kita kerana masih diberi peluang menikmati semua ini ...
Bersyukurlah kerana masih menjadi peminjam nafas dari Yang Maha Khalik ...
Marilah kita sama-sama memanjat syukur yang tidak terhingga kerana masih mampu menikmati semua ini ...
Syukur ... syukur ... syukur ... Ya Allah



















CONTOH FORUM BAHASA MELAYU

Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Warga dewan sekalian, bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja. Topik kita pada hari ini ”ROKOK-Setiap Sedutan Membawa Padah”. Bersama saya adalah 3 orang ahli panel yang tidak asing lagi. Jangan ragu dan jangan risau kerana nampaknya warga dewan kita khususnya para jejaka tidak senang duduk melihat kejelitaan tiga orang ahli panel kita pada hari ini . Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama,saudari (nama). Selamat datang saudari. Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung saudari (nama). Selamat datang saudari. Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari (nama). Selamat datang juga buat saudari. Baiklah sebelum saya menyimpang lebih jauh , soalan saya pada panel pertama, apakah kandungan yang boleh kita dapati di dalam rokok?

Panel Pertama: Terima kasih kepada saudari pengerusi, Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Pengerusi : Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa teradapat 3 racun yang paling penting di dalam rokok iaitu tar, nikotin, dan karbon monoksida. Bolehkah saudari panel kedua menerangkan kenapa tiga bahan ini dianggap paling berbahaya?

Panel Kedua:Soalan yang amat menarik saya akan menerangkan satu persatu. Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Manakala Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan menyebabkan ketagihan. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya.Dan yang terakhir Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat.

Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa rokok itu sendiri boleh membawa kemudaratan terhadap diri.Jika dua panel kita tadi menerangkan tentang kandungan berbahaya yang terdapat di dalam rokok saya ingin meminta panel ketiga kita untuk menghuraikan apakah kesan yang boleh disebabkan oleh asap rokok pada perokok dan orang sekeliling?

Panel Ketiga : Terima kasih kerqna menjemput saya untuk berbicara dalam majlis forum ini, antara kesan asap rokok kepada perokok dan orang sekeliling ialah kanser paru-paru, trakea, bronkus, mulut dan esofagus (saluran pemakanan), di mana 90 peratus penyakit kanser paru-paru berpunca daripada tabiat merokok.Kajian saintifik juga menunjukkan bahawa terdapat lebih empat ribu bahan-bahan kimia yang terdapat pada asap rokok sebagai menyebabkan kanser. Perokok pasif ialah orang yang tidak merokok namun diistilahkan sebagai perokok kerana mereka menyedut asap rokok daripada perokok di sekeliling. Percaya atau tidak, risiko penyakit yang dihadapi perokok pasif berkali ganda lebih daripada perokok.

Pengerusi: Panel kita yang ketiga tadi menerangkan impak asap rokok pada perokok dan orang sekeliling daripada sudut kesihatan. Soalan saya kembali kepada panel pertama, bolehkan saudari jelaskan impak asap rokok atau rokok itu sendiri dari sudut ekonomi dan personaliti.

Panel Pertama:Daripada segi ekonomi, secara purata, perokok membelanjakan wang lebih kurang RM1,000 setiap tahun untuk merokok. Manakala rawatan perubatan dengan anggaran RM240 setahun. Ini bermakna perokok membazirkan wang mereka dengan banyak sepanjang hidup mereka. Oleh itu perbuatan merokok samalah seperti membakar duit sendiri. Kemudian daripada sudut personaliti, asap rokok meninggalkan bau pada rambut, baju, bibir kering, gigi berwarna kekuningan, manakala pernafasan yang berbau pula menjejaskan hubungan sosial.

Pengerusi: Pepatah Arab ada menyatakan bahawa tiada penyakit yang tidak boleh diubati melainkan maut. Kepada panel kedua bolehkah saudari jelaskan tentang kaedah yang betul untuk berhenti daripada tabiat merokok?

Panel Kedua:Terima kasih saudari pengerusi, di antara Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok ialah pertama tetapkan tarikh untuk berhenti merokok. Anda juga mesti mengatakan pada diri anda bahawa "Aku bukan perokok". Selain itu anda mesti menumpukan apa sahaja yang anda lakukan untuk melupakan tabiat merokok. Sentiasa berfikiran positif juga penting. Anda juga perlu mendapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan.Yang paling penting adalah melawan keinginan untuk merokok.

Panel Pertama: Maafkan saya saudari pengerusi, saya ingin menambah sedikit apa yang dikatakan saudari panel kedua.

Pengerusi
: Silakan saudari.

Panel Pertama: Terima kasih. Kita sedia maklum bahawa tabiat merokok dewasa ini bermula dariapada usia remaja lagi. Oleh itu ibu bapa adalah kaunselor terbaik kepada anak-anak yang merokok. Jangan dibiarkan sahaja mereka dengan tabiat ini. Kata orang sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan. Ibu bapa perlu menggunakan pendekatan yang tidak terlalu tegas dan tidak pula terlalu lembut. Anak-anak ini jangan diberikan bunga sahaja, atau hanya diberi rotan sahaja. Tetapi gunakan kedua-duanya, insyaallah akan berkesan pada jiwa mereka.

Pengerusi: Terima kasih saudari. Jika panel kedua kita tadi menyebutkan tentang kaedah berhenti merokok, saya pasti memang ramai yang tertanya-tanya tentang apakah pula faedahnya kepada seseorang individu walaupun saya rasa jawapannya sudah berlegar-legar di minda para penonton. Untuk mengusaikan kekusutan ini saya minta panel kita yang ketiga untuk menjelaskan faedah berhenti merokok.

Panel Ketiga : Diantara Faedah Berhenti Merokok ialah kita insyaallah akan hidup lebih lama selain itu kita juga dapat menghindari racun.Kemudian kita juga dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok.Keupayaan deria rasa dan bau kita juga akan meningkat, gigi lebih putih dan nafas lebih segar dan terakhir dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi menyuakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar ” masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini.(tepuk tangan).Kesimpulannya tabiat merokok perlu dihentikan kerana ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan diri kita tetapi juga orang lain. ”pengayuh sudah ditangan perahu sudah di air ” fikir-fikirkan dan jangan sekali berhenti berfikir!! Usah menepuk dada menanya selera tetapi tepuklah dahi, bukalah minda, dan fikir-fikirkanlah!!rokok setiap sedutan membawa padah!!! Terimalah serangkap pantun indah daripada saya

Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Salam hormat, ceria-ceria selalu. Akhir kalam,

Orang putih, orang Pakistan,
Terima kasih syukran jaziilan.

Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.

TOKOH NILAM

                      TOKOH  NILAM  KATEGORI  SEKOLAH  RENDAH NEGERI PERAK 2011


                                    Nur  Jannati  Syakirin  bt  Ramli  murid  tahun  6  Arif  dari 
                                          Sekolah  Kebangsaan Trolak  Selatan  telah  terpilih  
                                   menjadi  Tokoh  Nilam  Sekolah  Rendah  Negeri  Perak 2011.
                                        Beliau  aktif  dalam  pelbagai  aktiviti  galakan  membaca 
                                                           seperti  bercerita,berpidato  dan
                                                      nyanyian.Beliau  telah  terpilih  menjadi:
                                                       1. Tokoh Nilam Peringkat Sekolah.
                                              2. Johan Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar 
                                                                      Daerah Batang Padang
                                              3. Tokoh Nilam Sekolah Rendah Daerah Batang Padang
                                                 4. Johan Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar
                                              5. Tokoh Nilam Sekolah Rendah Negeri Perak 2011


                                              Adik Nur Jannati akan mewakili Negeri Perak dalam
                                                      Anugerah Nilam Peringkat Kebangsaan 
                                                                        pada tahun 2012.













Sumber dari PSS SKTS 

http://rabina7010.blogspot.com


Di (jarak) DAN Di (dekat)

Di (jarak) ialah di untuk menunjukkan tempat. Di yang dimaksudkan ialah apabila selepas perkataan di perlulah menunjukkan tempat. Kita perlulah menjarakkan di antara perkataan di dan tempat yang dimaksudkan tersebut. Sebagai contoh :

a) Di sana                               g) Di dewan
b) Di sini                                 h) Di makmal
c) Di situ                                 i) Di bilik
d) Di sekolah                          j) Di mana
e) Di rumah                            k) Di bandar
f) Di padang                           l) Di kampung

Di (dekat) ialah di untuk menunjukkan kata kerja. Di yang dimaksudkan ialah apabila selepas perkataan di perlulah mempunyai kata kerja. Kita perlulah menyatukan perkataan tersebut menjadi satu. Contohnya :

a) Dibuang                                     g) Dikutip
b) Dimakan                                    h) Disentuh
c) Dibina                                         i) Dipetik
d) Disapu                                        j) Ditolak
e) Dikayuh                                      k) Ditarik
f) Diambil                                        l) Dipusing

KATA PEMERI

Kata pemeri terbahagi kepada dua, iaitu :

1) Ialah
2) Adalah
 
Kata pemeri 'ialah' dutujukan untuk kata nama. Contohnya :

> Nama kanak-kanak itu (ialah) Hamdan. <

Kata pemeri 'adalah' pula untuk digunakan sebelum kata sendi nama, kata hubung dan sebagainya. Contoh :

> Salah satu caranya (adalah) dengan menggunakan gunting. <

Oleh itu, penyalahgunaan kata pemeri di dalam karangan yang ditulis hendaklah ditulis dengan betul, terutamanya ketika dalam peperiksaan kerana penyalahgunaan kata ini akan memotong markah.

Monday, 9 April 2012





Bila Nak "join" BERDAKWAH..??

ZAMAN SEKOLAH

1. Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti insyaallah.
2. Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak ‘exam’, ko-kurikulum, sukan...
3. ‘Parents i’ tak bagi le..
4. Aku takut nanti ganggu akademik.
5. Dah masuk ‘u’ nanti ok le ‘join’ dakwah, fikiran pun dah matang sikit.

ZAMAN UNIVERSITI/ KOLEJ

1. ‘You’ faham-faham jelah, masuk ‘u’ ni bukan macam sekolah. ‘Study’ buku tebal-tebal, ‘assignment’ berlambak...nantilah lapang-lapang sikit.
2. Dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah. Engkau jangan risaulah. Sekarang tumpu akademik dulu. Takut nanti dakwah entah ke mana, akademik entah ke mana.
3. Aku tengah ‘tension’ la... awek/ balak aku buat hal pulak...!

ZAMAN HABIS BELAJAR

1. Nantilah... dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil, ‘ok’ le ‘join’ dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.
2. Ada kenderaan baru senang nak bergerak, ye tak? Tunggu le aku ada motor nanti.
3. Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengok aku asyik menganggur je. Kalau aku ‘join’ dakwah, lagi teruk le kena hentam.
4. Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku rehat kejap. Dari kecil asyik ‘study study study’, dah ‘grad’ ni ‘relax’ le kejap. Dakwah tu tak lari ke mana. Sampai masa nanti, engkau tengok le.

ZAMAN KERJA

1. Sibuklah... tau aje la, keluar kerja pagi, balik dah nak malam. Letih giler. Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh...
2. Aku tengah pening kepala nak kumpul duit, nak kahwin ni. Nantilah aku dah ‘settle’ problem–problem aku...
3. Dah kahwin mesti nak ada kereta. Aku tengah cari duit nak buat ‘down payment’ ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas ‘no’ hal.
4. Bergerak sorang-sorang ni tak berapa ‘best’. Aku cadang nak kahwin dulu. Dah ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?

ZAMAN KAHWIN

1. Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab bertambah, belanja bertambah. Nak sesuaikan diri dengan pasangan, dengan keluarga pasangan... kena ambil masa jugak. Hari cuti aje dah tentu kena balik rumah mak bapak aku ataupun rumah mak bapak dia. Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap kenduri la, bertunang la, tahlil la, masuk rumah baru la. Semua nak kena pergi tu. ‘Sorry’ la kawan, aku betul-betul tengah ‘pack’ ni. Nantilah ye.
2. Orang rumah aku masalah sikitlah. Kalau aku ikut program dakwah aje, dia mula muncung. Rumahtangga mestilah diutamakan, ye tak?
3. Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-program dakwah ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik tarik muka aje.
4. Aku cadang nak tarbiah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda dia. Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh bergerak sama-sama.

ZAMAN DALAM KUBUR

1. Aduh... hafazan aku sikit! ‘Waddhuha’ ke bawah pun tajwid berterabur. Dulu masa sekolah aku main bola dua jam sehari. Kalaulah aku ambil 10 minit sehari daripada masa main bola tu untuk hafazan, seminggu sudah 70 minit. Sebulan? Setahun? Aduh, menyesalnye!
2. Kawan-kawan aku yang ‘beragama’ boleh dibilang dengan jari! Kalaulah masa di ‘u’ dulu aku aktif, tentu dapat banyak kenalan dan banyak ilmu dan banyak pewaris dakwah melalui tangan aku. Apa yang mereka buat semuanya saham pahala untuk aku tu. Ruginya aku....
3. Ya Allah, isteri, anak-anak dan cucu-cucu aku ditinggalkan tanpa sempat aku mentarbiah agama mereka. Sekarang mereka jauh dari agama sebab aku tak contohkan diri aku dulu. Semua salah-silap mereka aku nak kena jawab tu. Tapi aku nak buat majlis tarbiah di rumah macam mana sedangkan aku sendiri tak ada ilmu. Padan muka aku!
4. Kawan yang ajak aku ke program-program agama dulu, bertuahnya mereka. Keluarganya jadi orang-orang soleh. Anak buahnya dalam dakwah banyak. Saham pahala daripada usaha anak-anak buahnya berterusan mengalir. Ilmu dan amalnya banyak. Iman dan pemahamannya tinggi. Ilmunya dimanfaatkan banyak orang. Aku?
5. Kalau Tuhan tanya nama artis, nama bintang sukan, nama pimpinan dunia... ratusan orang aku ingat. Tapi kalau Tuhan tanya nama ulama, nama kitab... habis aku!
6. Bahasa Inggeris aku macam air. Bahasa syurga?
7. Teman-teman aku sudah kenal Tuhan, mereka menyembah Tuhan yang Esa. Aku? Rasa-rasanya masih sembah Tuhan yang bercampur dengan makhluk. Af’alnya aku tak pandai nak Esakan, Asma’nya aku tak tahu nak Esakan,Sifat dan Zatnya pun sama. Oh Tuhan, syirikkah aku? Apakah aku menyekutukan Engkau selama hari ini?

Sedikit persoalan yang ingin saya timbulkan, sampai bila kita harus bertangguh? Sedarlah bahawasanya Islam tidak perlukan kita, bahkan kitalah yang perlukan islam. Semakin lama kita bertangguh, maka semakin banyaklah gejala sosial yang melanda umat islam zaman sekarang dan tidak mustahil juga berlaku kepada individu yang sangat hampir dengan kita. Beringat-ingatlah, kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang, bila lagi? 

Semoga dengan tazkirah ringkas di atas menjadi pengajaran dan batu loncatan kepada kita untuk terus menyampaikan islam kepada seluruh masyarakat walaupun berlainan agama dan kepercaayaan.

Wallahu A’lam.







SENARAI ORANG TERKEMUKA YANG MURTAD .......... LIST OF CONVERTS TO CHRISTIAN ....

From Islam


Abo of Tiflis, a Christianactivist and the Patron AMR Saint of the city of Tbilisi,Georgia.[3]


Bahaa el-Din Ahmed Hussein el-Akkad - Egyptianformer Muslimsheikh.[citation needed]


Nonie Darwish, anEgyptian American writer and public speaker.[4]


Akbar Gbaja-Biamila is an American football player.[5]


Italian journalist Magdi Allam converted to Roman Catholicism during the Vatican's 2008 Easter vigil service presided over byPope Benedict XVI.[6]


Born into a Muslim Batakfamily, Indonesian Prime Minister Amir Sjarifuddinconverted to Christianity in 1931, upon which his fervently Islamic mother committed suicide.[7]

A
 Aslan Abashidze - leader of the Ajarian Autonomous Republic in western Georgia. Abashidze was born into a renowned Muslim Ajarian family, a branch of theAbashidze princely house.
 Ibrahim Abdullah - American former PLO terrorist.[8]
 Abo of Tiflis - Christian activist and the Patron Saint of the city of Tbilisi, Georgia.[3]
 Taysir Abu Saada - a former member of the PLO and the founder of the christian ministry Hope For Ishmael after he converted to christianity. He was Yasir Arafat's personal driver.[9][10]
 Abraham of Bulgaria - Martyr and saint of the Russian Orthodox Church.[11]
 Rotimi Adebari - a Nigerian-born Irish politician and the first black mayor in Ireland.
 St. Adolphus - Christian martyr who was put to death along with his brother, John, by Abd ar-Rahman II, Caliph of Córdoba for apostasy.[12]
 Mehmet Ali Ağca - Turkish born who attempt to murder Pope John Paul II in 1981. He became a Catholic during his time in prison.
 Al-Mu'eiyyad - Abbasid prince and third son of Abbasid caliph, Al-Mutawakkil. He was converted to Christianity along with his three confidants by St. Theodore of Edessa, accepting the name "John" upon baptism.[13][14]
 Jabalah ibn al-Aiham - last ruler of the Ghassanid state in Syria and Jordan in the seventh century AD. After the Islamic conquest of Levant he converted to Islam in AD 638. He reverted to Christianity later on and live